secara spontan aku mengomel sorang-sorang lepas tengok statistik review blog aku yang agak lama terkubur ni.
dan orang itu datang nya dari area Shah Alam. aku tau takleh pakai sangat statistik tu, tapi bila aku buka satu-satu antara entri-entri yang dia baca, baru aku realize tahun 2010 lah entri blog aku agak meriah.
tulis panjang-panjang. banyak analogi mengarut yang aku sendiri tak percaya analogi tu aku yang buat.
tahun 2011 aku start letak entri pendek-pendek. dah start malas.
tahun 2012?
haha!
lagi lah... nak letak satu entri sebulan pun susah.
dalam keadaan badan yang agak lemah dek kerana selsema, aku baca satu-satu entri lepas-lepas.
haha!
sekali lagi aku gelak.
aku macam tu ke?
tak tau apa akan jadi lepas ni. nak-nak lepas bulan puasa ni.
aku akan semakin busy.
tahap tsubizi (eh! dah lama tak guna word ni) mungkin akan bertambah.
kerja, personal dan masa depan. dan aku harap segala urusan tersebut dipermudahkan oleh Nya.
p/s merenung buku-buku di rak buat aku cemburu dengan masa yang aku ada masa kerja di KL. aku mampu habiskan baca buku Stephanie Meyer dalam masa seminggu. sekarang? buku kecik Sophie Kinsella yang ada tu pun dari tahun lepas tak habis-habis baca...
*opis kitorang dilanda ombak Google Doodle. siap lepas office hour masing-masing lumba sapa dapat 3 pingat..haji medan pun kantoi main gak doodle... haha.*
(gambar ihsan Google : di sini)

