Thursday, December 3, 2009

kalau rasa kamu bagus, sila lah handle sorang-sorang...

'u mustn't do that. u suppose to do like this...like that... and this.... and that...bla bla bla'

agak-agak pernah tak jumpa orang poyo dan berlagak macam di atas? paling sadis when it comes he or she suppose to do something, they refuse to do that and ask us to do their job. komen dan komplen je pandai. bila tang buat kerja, mak ai... takmo la.. nanti tangan i sakit la.. kita ada hal dengan kandang kambing kita, nanti tak bagi makan mati la plak...rugi kita tau.. macam-macam alasan yang tak leh diterima akal la dapat...


phew! memang nak kena hempuk dengan aku
* kenapa tetiba aku boleh ter'speaking' di atas? aduiyai~

orang-orang sebegini la yang selalu menyakitkan hati nak-nak bila time buat event ke program ke bengkel ke. tambah-tambah bila dia ada dalam satu-satu organisasi...


'kita tak boleh jumpa macam tu je. kita kene ikut flow, memula jumpa kak kerani. pastu jumpa ketua kerani. lepas tu lak GPK 1, GPK hem, GPK ko-ku... Pengetua... last sekali baru jumpa pengarah pelajaran tu. tu kalau korang nak jumpa pengarah la. mane leh langgar camtu jek. tak boleh... tak boleh...'


(kenapa tak tambah je makcik cleaner, pakcik guard, abang kantin, kakak PAR... masukkan aje semua satu sekolah...huhu)


aiyak! nak buat meeting dengan pengarah jabatan pelajaran je pun. kecoh nya dan sikap pesimisnya sampai ke situ lak... adeh!


*niat dia memang baik. tapi sikap mengkondem tu amat-amat la tidak baik ye tuan-tuan dan puan-puan.*


p/s aku takda benda nak update pun sebenarnya. tetiba terasa macam nak cakap seperti diatas. maafkan aku yek. dan kawan-kawan ku sekalian, maaf le tak mampu blog anda-anda sekalian akhir-akhir ni. aku sedang busy sedikit... huhu

Wednesday, December 2, 2009

beg duit itu berkata, 'ko nak kena hempuk ke?'

'kitorang nak pi KFC ni. nak kim pape tak?'


sambil merenung beg duit putih yang hampir gelap da warnanya di sebelah laptop acer hitam.


'hah! sok cite myspy kuar. ko nak ikut tak aku tengok wayang?'


beg putih tu ku renung lagi.


'ko agak-agak la kan bila gaji kita masuk?'
(soalan seperti entri lepas)


beg putih tadi masih direnung. agak-agak nya kalau beg putih aku tu boleh cakap mesti dah lama dia maki hamun aku.


'apehal tah tuan aku ni, asal orang tanya pasal duit, aku gak kena tenung. haish! pantang sebut pasal duit la' (mungkin tu la kot dialog dia)

huhu~


ok! lupakan saje pasal kes gaji yang takkan berkesudahan...
dapat nanti confirm kena bayar itu ini. jadi circle dia sama jek...huhu~
sampai bila pun tak selesai.
*huhu..bilo la den nak jadi kayo ni? aduiyai~


p/s aku main satu game dengan mel dan joe tadi sekali nama mr A kembali menghantui... adeh! nampaknya abang kereta merah sekadar kisah tak kesampaian aku jawabnya...haha... lawak tol!



Monday, November 30, 2009

oh abang serigalaku!

'ko agak-agak la kan duit gaji kita dapat bila?'

'aku rasa minggu depan... huhu..lama tu nak tunggu dengan keadaan aku yang tinggal rm10 je ni'


*perbualan dalam YM diantara dua insan yang sejawatan dan senasib*


aku tenung balik slip bank di tangan aku. ikutkan perkiraan (tu pun kalau tak pi jalan-jalan, tengok movie ke *aiseh..ninja assassin belum tengok* dan mengamalkan amalan berjimat cermat serta bergantung nasib pada bekalan mak aku) duit dalam bank aku cukup-cukup untuk duit minyak kereta aku selama seminggu.


aduiyai!


tetiba rasa menyesal semalam pergi tengok NEW MOON.
(haha...padan muka ko jie!)


ok. aku dah tengok NEW MOON dengan jayanya. bukan keseorangan bukan berdating hanya berdua dengan adik aku, jaja.


fuh!
*nasib baik la ok. kalau tak mau menyesal tak sudah aku lepas movie tu*

minta-minta la duit gaji aku dapat awal.... T_T


p/s kenapa la werewolves dalam NEW MOON sangat-sangat la hot. kalah sekian vampires yang ada...


*abang-abang serigala jadian...awwwuuuuu!!! aku cop paling kanan... *wink3*

Friday, November 27, 2009

mungkin aku patut..... erm....

hobi terbaru miss jijie peggton (sila alert yek! penting ni... kot-kot la tetiba ada pencahayaan agung datang nanti pada aku, tup-tup aku nak buat contest kat blog hitam ni. confirm ini akan jadi klu nye...hihi... *eleh..budget ada orang nak amik tau la tu...*)


1.mengklik create post, pastu biarkan blank.

2.kemudiannya terus ke butang merah di sebelah atas paling kanan, klik....

3.tunggu sehingga 5 minit kemudian, cari balik dashboard blogger, klik balik create post.

4.ulangi langkah 2 dan seterusnya.


*dah macam rancangan masak-memasak la plak*


ok..tu aktiviti yang berlaku malam tadi selepas memunggah ketupat yang siap dimasak.


(dan aku tau entri ni akan selamat publish dua hari selepas kejadian di atas berlaku...huhu)


28 nov 2009 :


selepas tergendala untuk menyambung entri lepas, aku kembali mengklik edit post.
kembali blank.
kembali blur.


dan kemudian...


aku klik edit....
dan entri inilah hasilnya.


mungkin dah tiba masanya untuk aku berhenti berblogging untuk seketika.... haish~


p/s selamat hari jadi kepada insan berkereta merah. mungkin kamu membaca entri ini dan mungkin jugak tidak. kamu sudah tua nampak nya....haha~

Wednesday, November 25, 2009

kronologi mamai

kronologi 1 :

'la apesal la plak ramai orang bukak gerai di pagi hari di hadapan 7E ni...aduh! mana nak selit keta aku nih...'
kelihatan gerai-gerai jual daging, daun-daun ketupat yang belum dianyam mahupun daun kelapa saje.
*bukak bisnes jual daun kelapa boleh untung ke eh?*



kronologi 2 :

'weh.. apesal korang ni anyam ketupat ni? mak nak buat kenduri ke? ke ada orang datang meminang ni?'
aku tanya jaja dan ziera semalam petang.

muka jaja dah pelik. ziera pandang slek dengan terjongket kening sebelah ala-ala ziana zain.
(lupa lak. lagu background lagu tema Nur Kasih. sebab masa tu cite tu baru nak start kat TV3.)

'hah ye.. ada orang nak datang meminang kak long'
jawab ziera.


'weh. ape da.. tau le ngah weng weng. jumaat ni da nak raya haji da'
jaja lak kutuk aku.
hehe... aku tersengih kartun jap (camne tu?hehe..) tapi serius muka aku time tu macam muka kartun.


kronologi 3 :

'kita buat meeting hari jumaat boleh? 27 november. jumaat senang sikit' aku cakap dengan penuh confident.


'ok. ko meeting sorang-sorang eh....'
jawab amy. muka dia takde ekspresi langsung.
aku blur. (seperti biasa)

'aiyak.. ko ni jie mamai ke apa. raya haji la weh'
dayah bagi aku sedas.



kronologi 4 :

*erk..cukup la kot... dah sampai target da...huhu..
kronologi chronicle of aku di atas menunjukkan betapa ketidakprihatinan aku terhadap raya haji.


fuh!

nak kata kerja banyak sangat? teetttt! (buzzer bunyi da...sila tutup buzzer!) ok... rasanya tak banyak mane. buktinya? aku mampu update blog...haha

huhu~ aiyak... apa sudah jadi ni? (buat cakap ala-ala Abdullah mamat Bangla kerja kat stesen minyak Shell... aku tau Shell jela.. coz aku isi minyak sana jek. regular customer ni)


moralnya : jangan jadi seperti aku, k! kang ada jugak nyanyi lagu Dendang Perantau dek kerana tak dapat tiket balik kampung gara-gara terlupa tarikh raya haji. fuh! ada ke kes-kes terpencil seperti ini berlaku? ke aku jek? hihi... *aku malu*


* boleh perasan tak muka blur dan blank dalam dua versi yang berbeza? haha *

Monday, November 23, 2009

surat dari orang sengal kepada orang yang lebih sengal

amaran : penggunaan bahasa ganti nama dalam entri ini mungkin akan meloyakan korang. harap korang mampu bertahan sehingga penghabisan entri yang mungkin agak panjang ini (eh..aku pernah ke buat entri panjang-panjang?)


(surat ini telah dijumpai dalam keadaan renyuk dihanyutkan oleh arus air longkang. dengan tak sengaja telah dibaca. sadis aku baca)


kepada encik yang berkereta merah,
kite tau keta awak tu keta spesis spesial. siap boleh terbang. hebat la! sangat hebat. sampai awak vroom vroom tekan minyak tetiba boleh mati enjin. hebat tu. mane ada keta lain boleh buat camtu. kite jamin la. tapi sehebat-hebat keta terbang awak tu keta katak hijau kite mampu mengalahkan keta awak di lebuhraya Sungai Petai hari hujan lepas. kesian keta terbang awak tu. (dalam hati kite sangat-sangat la puas..hoho)


kepada encik yang berkereta merah,
kite tau awak nye favorite quote, 'takde sape yang paham kite, tu pasal kite break dengan awek kite dulu'. kite lak dengar je awak cakap camtu sambil buat muka yang blur dan blank. (kite tau kite memang selalu blur dan blank. jangan dipersoalkan lagi) dalam hati kite, 'eleh! dah ko taknak paham orang tu, macamana la orang tu nak paham ko. ko cakap camni budget nak rayu simpati aku paham ko la eh'.
kite tau detik hati kite tu sangat jahat. kite memang ganas. seganas plankton nye gelak macam dalam cite spongebob tu. kite kan ganas, tu pasal orang tak suka kat kite. tapi sebenarnya kite dah start rasa macam suka kat awak. (suka je ek..bukan sayang... sori sikit nak sayang orang sengal macam awak!)


kepada encik yang berkereta merah,
kite paham sangat-sangat awak suka makan coklat. tapi tolong la, jangan habiskan coklat kite boleh tak? mahal tau kite beli. kat kedai Tujuh Sebelas (sile baca 7Eleven) tu. dia mesti charge lebih seposen atau dua posen. seposen tu kalau kumpul lama-lama boleh beli sport rim untuk kereta terbang merah awak tu tau. huhu... tapi tolong la explain kenapa kite suka la pulak awak habiskan coklat kite tu padahal dalam pada masa yang sama kite sangat-sangat geram.


kepada encik yang berkereta merah,
kite tau mulut awak sangat-sangat la laser. kalah perempuan maupun joyah kampung sebelah kite tu. malahan lebih laser lagi sehingga kan ada satu hari tu, kite yang brutal ni memang dah keluar mengalir airmata la pasal mulut tak makan saman dan takde insurans awak tu. ke awak dah memang beli insurans untuk mulut awak tu? tetapi kenapa akhir-akhir ni bila awak jumpa atau terserempak dengan kite awak tak macam tu. aik! kite dah start suka kena laser dengan awak ke?


kepada encik yang berkereta merah,
kite tau awak dah ada awek dah. bukti? ada je. kite kan stalker...huhu..habis awak nye friendster kite selongkar. tu la sapa suh public kan profile tu. kan tak pasal-pasal kite boleh godek profile awak dah. walaupun awak hanya kata dia tu hanya skandal awak, tapi kite tau awak dan dia ada something goes wrong somewhere (aduiyai! failed english aku..)..


aiyak! mengapa tetiba kite jadi sedih lak ni?
biaq pi la kalau awak dah awek ke tak. kite peduli apa. (ayat hipokrit. dalam hati... T_T)
dan kenapa lak tetibe kite tulis surat ni? nak mampus kena laser lagi...
ok la... lupakan saje ape-ape kite tulis tadi. takde maknanye. abaikan. babai kepada encik yang berkereta merah berotak sengal dan bermulut laser!


p/s kenapa tetiba aku rasa macam kenal la pulak mamat kereta merah tu? deskripsi macam kenal sangat la... ermmm... abaikan! lantak la...

Saturday, November 21, 2009

bersedia untuk masalah dan gandakan! yeay...

'prepare for trouble and make it double...'


fuh! puas aku nak mengingat quotes ni. rasa-rasa pernah dengar tak?
hehe~
ni tetiba aku pun nak buat contest dalam blog aku yang hitam legam ni.
contest nya meneka dari mana kah quotes tersebut dicilok tanpa segan silunya dan menyalahi law dalam plagiarisme.


erk! confirm!
peserta nya memang paling tidak ramai la dalam sejarah blogging sebab hadiah yang ditawarkan sangat-sangat la tidak lumayan. hanya pakej berinternet di hadapan laptop sendiri dan bil internet adalah tanggungan sendiri. =)

(ok. itu sangat-sangat tidak kelakar. aku tau. huhu... i'm bad in making jokes.)


prepare for trouble. yup! for now.

aku dah tidak kisah dah apa-apa masalah aku lepas ni. aku dah tidak kisah kalau orang akan cakap dihadapan aku lepas ni dengan muka mencemik,


'ko keje ni je ke jie? contract for your all life? without master?'


urgh!
berdepek aku kena. aku tau.
aku nak mulakan hidup baru dalam kamus hidup aku. hidup seorang graduan kimia analisis yang bekerja dalam bidang ICT. (sangat-sangat tidak berkenaan dengan apa yang aku belajar)
sangat-sangat confirm la dan sah aku dah tak leh aplikasikan cara-cara mengenalpasti kehadiran komponen antitermitik menggunakan GCMS ke dalam dunia ICT. haha. tajuk
thesis aku dulu ni.


kalau boleh memang aku terer. terrorist betul!
(iklan sebentar : tatkala entri ini ditaip, lagu Akon Be with u sedang berkumandang di ruang legar laptop acer aku)


kepada semua, maafkan aku. aku tidak berdaya meneruskan master aku. aku sudah fed up. dan kamu mesti sudah perasan profile aku di panel sebelah ini sudah sedikit berubah. aku tak ma
u jadi hipokrit lagi.


dan kini,

aku ada cita-cita baru

aku nak jadi

HACKER! (ala-ala CRUSH OVERRIDE)...hoho...
*jangan gelakkan aku.


make it double?
erm... sebenarnya belum tiba masanya.
dan aku tau sangat-sangat mustahil.
tapi aku taktau kalau si dia perasan yang aku tujukan lagu Falling For U - Colbie Callait sebelum ni... (alahai malu siot. aku rasa aku jatuhkan air muka aku ni. si ruff mesti sedang guling-guling gelakkan aku kalau baca entri ni... phewww!)


ok... enough! otak aku makin pening ni. lagu yang asyik di kepala otak serabut aku sekarang ni lagu paramore ni. aduh!





p/s takde maknanya aku nak buat contest tu..hehe.. quotes tu aku ceduk dari cite pokemon.

© Blogger - Template by Blogger Sablonlari - Font by 1001fonts