new bloglist

Followers

Arkib

Tuesday, March 20, 2012

entri takde identiti

aku dah semakin tak berapa nak rajin meng'update' blog ni. kalau dapat update sebulan sekali pun sememangnya aku dah cukup kagum dengan diri aku.

dulu, kalau malas nak menaip at least ada sekeping dua gambar aku letak. tapi sekarang nak ambil gambar pun macam malu-malu segan jek. kamera aku pun duduk diam di tepi rak senyap-senyap tanpa bergerak-gerak.

aku kagum dengan diri sendiri (ok. macam angkat bakul pulak la kan) masa dua tahun lepas. time asyik ada je idea nak menaip. jari jemari pantas je type entri yang bukan-bukan. bila aku baca balik entri-entri aku tahun 2010 macam rasa tak percaya pula aku boleh buat entri camtu...ada je nak cite.

sekarang? hah. satu word yang tertaip dan aku berjaya post, ibarat aku berjaya dapat 10A dalam SPM. haha...

jari jemari aku yang tak berapa nak runcing memang sepatutnya dah kena tamatkan entri yang takde identiti ni KOT. sebelum aku menaip apa lagi kata-kata yang bukan-bukan.

kepada yang bakal ambil result SPM 2011, aku ucapkan semoga result anda sukses. (sempat pulak buat ucapan).

p/s bila kaki kipas menguasai 'alam sekitar' aku, aku jadi macam fed up nak pi kerja. apa tandanya ye?

umat manusia yang dilahirkan bulan Disember dan Januari. kecualikan budak kecik dua orang ditengah tu ye.
*birthday nak class. sambut kat Philea aje.. gedik! haha*