tetiba aku pelik. secara tetiba aku drive kereta dengan kembang kuncup badan yang sedia kuncup ni.
perli ke apa minah sebelah aku ni.
aku pandang minah sebelah aku.
........ (bunyi cengkerik)
'tapi lepas kau dapatkan treatment kat muka kau sekarang la. buat la gambar before and after'
siot kau.
baru ingat ada orang nak bagi puji-pujian kat aku.
kot la buat modal nak aku belanja lunch.
mungkin kawan aku nak suruh aku buat gambar ala-ala cenggini.
tapi minah Jessica Biel ni before and after cantik je.
ihsan pakcik GOOGLE.
kejadian di atas berlaku lepas aku tetiba terjebak dengan demo Mary Kay. siap si demonstrator tu kasi tonyoh scrub kat lengan aku nak kasi tengok beza ke tak dengan lengan yang satu lagi.
(tapi sebenarnya sama aje. kaler lengan aku camtu gak. tona yang sama. 100% guarantee)
tak cukup dengan scrub, dia pi tonyoh pulak cream apekebendaalahnya kat bibir aku. lip mask katanya.
kemudian di suruh bandingkan dengan bibir atas yang tak di'mask'kan. lagi merah katanya.
(yang ni pun aku sure 150% sama aje bibir aku.tinggal lagi nampak beza sebab basah kena air)
berbalik dengan dialog yang di atas.
ok. muka aku tengah bermasalah.
kering kontang macam gurun padang pasir.
atas bibir merah macam melecet. bibir lak kadang-kadang berdarah.
sampai pi klinik amik ubat sapu, ubat makan dan lip balm.
'you kena amik moisturizer yang hydrate kan balik your skin. you can try this coz bla bla bla bla....'
macam bertih goreng mulut tukang demo Mary Kay tu.
habis semua dia tunjuk. tak cukup krim, alih-alih keluar pulak lipstick.
vitamin E la, vitamin C la. silap-silap vitamin Z pun mungkin dia nak sebut.
aduh...macamana aku boleh terjebak dengan Mary Kay ni...
dan azab telinga aku berakhir bila kawan aku yang buat aku terjebak sekali tu ajak blah dari situ sebab lapar...
fuh! selamat aku.
p/s budget beautician la. nak guna eyeliner atas mata pun herot berot. ada hati nak jadi beautician. berangan aje!

