new bloglist

Followers

Arkib

Monday, July 18, 2011

apa pandangan korang kalau...

bayangkan...

ko jalan sorang-sorang kat shopping complex. nak cepat. jalan pun memang extreme laju.
tetiba muncul sepasang couple di depan korang. menghalang perjalanan ko yang memang tengah rushing mengejar masa.
yang awek nya budget vogue the vass, diva divana dan sewaktu dengannya.
pakai shawl ala-ala hana tajima, skirt labuh tapi di bahagian punggung agak ketat, baju kemeja dikemaskan masuk ke dalam. (lagi la nampak punggung)
Kasut wedges ala-ala 3 inci gitu.

nak dibandingkan dengan ko ketika itu yang hanya berselipar jepun dan berbaju kurung sopan gitu. hari jumaat, alasan untuk selipar lak sebab tergesa-gesa keluar dari kereta sampai terlupa nak sarung kasut.

si pakwe pandang ko dan bandingkan ko dengan awek dia yang konon nya agak glamer.
sambil berbisik-bisik mengumpat dengan awek dia, mereka memandang ko dengan pandangan nak kondem.
dan terdengar-dengar ayat mengutuk dress up ko di kala ko berjalan melepasi diorang.
siap boleh tegur ko dengan gelak sakan, it's like ko memang selekeh nak dibandingkan dengan awek dia yang memakai skirt tapi masih nampak bentuk punggung.

errr....
situasi yang aku lalui jumaat lepas.

aku confirm dan sangat confirm, mereka student lagi...

sah-sah untuk dress up vogue gitu, samada duit mak ayah dipertaruhkan, duit PTPTN yang kemudian kena bayar sekali dengan interest 4% (kalau tak dapat tawaran Ujrah) digunakan.

aku?
at least wedges 4 inci aku hasil gaji bulanan aku.
selipar jepun aku yang dikutuk kaw-kaw tu pun hasil gaji bulanan aku.

aku memang selekeh kot.
terima ajelah hakikat cik jijie.

p/s agak-agak awek mamat tu baca tak blog tak semenggah aku ni?