'TAHNIAH! Buat abang bernama SYED (nama depan).
Semoga kali ini jodoh abang dengan SHARIFAH tercapai lah hendaknya...
Saya doakan abang berbahagia dan selamat ke jinjang pelamin dengan si dia.
Saya tau, saya tak layak buat abang sebab nama saya takda SHARIFAH atau SYARIFAH. Fuhhh! (tarik nafas jap. den tak dapek nak tahan airmato dah ni)
Takpelah.
Biarpun pelamin angan saya dengan abang musnah, saya tetap mendoakan yang terbaik untuk abang.
Saya tau dan amat tau yang kontrak cinta kita sejajar dengan kontrak kerja saya yang tak dapat sambung lagi setahun tu. Apa kan daya, bos saya tak mampu menggaji saya disebabkan kilang bankrap dek kerana pekerja dan bos asyik main FB.
Akhir kata, semoga berbahagia (banyak pulak perkataan bahagia). Biarkan saya membawa hati yang duka lara. Wassalam. (tadi awal-awal ada bagi salam ke?)'
Pesanan khidmat masyarakat tajaan JIJIE PEGGTON.
p/s Darah sama merah. Rambut sama hitam, melainkan korang dye rambut atau korang mat atau minah salleh. Darjat dan keturunan masih menjadi ukuran. Korang rasa?
