rumah korang memang tempatnya populasi semut sangat banyak. macam-macam jenis dan spesies boleh jumpa. yang besar, yang kecik, you just name it...jadi, pantang ada benda manis je, air manis ke, manisan ke, coklat manis ke (coklat memang manis kan?) mesti kena hurung nya.
ok. sekarang kaitkan dengan alam realiti atau kata lain sekeliling korang.
lelaki :
'kalau ko takde kereta jangan harap dowh nak awek hurung ko'
awek a.k.a perempuan (haih.. takkan lak lelaki.. gay ke apa) digambar semut-semut tadi. lelaki lak digambarkan benda manis...
nak-nak kereta yang digambarkan tu bukan yang cikai-cikai. sekurang-kurang nya Inspira 1.8 tahun 2011...
ahaks! setakat Kancil 660 tu rasanya sebelah mata belum tentu depa pandang. mata sebelah tu agak-agak nya separuh tertutup kot...
meh pilih-pilih...kaler mane berkenan di hati...
no fancy car, no aweks!
(gambar ihsan GOOGLE dari blog ini)
perempuan :
'betul beb. kontrak kerja aku habis, kontrak aku dengan buayafren aku pun secara automatik tanpa was-was tamat. takde hitam putih lak tu.... sedih siot!'
dalam kes ni aku gambarkan semut-semut tadi tu lelaki. benda manis tu perempuan.
perempuan berkerjaya, gaji besar, kereta pun ada, dan bonus la kalau dah ada rumah sendiri beserta duit dalam bank berkepuk-kepuk, secara tak langsung menarik 'semut-semut' a.k.a lelaki menghurung. naik juling mata lelaki tu pandang. tapi bukan pandang perempuan tu la, pandang duit dan harta nya.
buruk menangis.. udah-udah le tu...
'kalau aku dapat kerja lain sok, pastu dia datang balik, memang patah tengkuk dia aku kerjakan'
(gambar ihsan pakcik GOOGLE)
benda yang jadi di luar sana. tak kira lelaki ke perempuan.
memang sekarang zaman materialistik.
haih... (aku pulak yang mengeluh.. sengal)
*sebahagian situasi yang direka. tiada kaitan yang hidup mahupun sudah mati. harap maklum!*
p/s sudah boleh menarik nafas lega? mungkin. terima kasih kawan-kawan dan semestinya kamu. (",)v


