Hidup ni tak semudah ABC. Tak semudah ko beli coklat dan ko buka pembalut pastu terus makan. Dan tak juga semudah ko order mee goreng, dan selepas 10 minit ko dapat makan.
Tu orang kata.
bukan aku yang kata.
ko akan rasa insatiable dengan hidup ko.
walaupun ko dah berada di puncak dunia sekali pun, ko takkan pernah puas.
erm... kalau cakap puas tu hipokrit.
hujahnya senang, ko achieved sesuatu dalam hidup ko, mestilah ko akan cuba achieve yang lain pulak.
tu yang aku kata tak pernah puas tu.
yela kan.
ko dah ada kereta viva elite. enjin dah convert i-vtec, turbo lagi tu (ok... takde kereta macam ni. aku tipu je). tapi lepas beberapa bulan keluar lak kereta Proton Inspira yang seakan-akan Mitsubishi Lancer. dan tak semena-mena itu ko cuba lak berusaha mengumpul duit untuk transform kereta elite baru ko tu jadi Inspira.
Aci tak andaian aku tu?
tak aci?
syyyuhhh... syyyuhhh... main jauh-jauh. suka hati aku la.
manusia sentiasa akan ada sifat tamak dalam diri dia.
dan sentiasa tidak pernah puas dengan apa dia ada.
sentiasa.
dan nampaknya entri aku kali ni agak serius, walaupun di kala aku menaip entri ni aku takde lah seserius mana. dengan keadaan aku masih selsema doraemon.
argghh shit! aku semakin jadi drug addict kerana ubat selsema yang aku consumed every night semata-mata nak cuba legakan selsema aku.
terasa aku ada macam hitler dalam gambar ni.
(gambar ihsan dari Fahrul)
p/s terasa jem otak sebentar. ada benda penting nak kena ready tapi aku masih boleh main aci lari-lari dalam pusat akses. jawapan senang : aku malas!

