aku click Flag pada komen tersebut.
tapi kemudian aku Undo balik.
ok...
hanya intro.
dan seperti selalu, bukan lah itu yang aku nak highlight kan.
ada satu analogi.
ko berdayung sampan. dengan happy sambil bernyanyi riang.
burung-burung berkicauan riang gembira sekeliling ko. udara pun berbau segar (ceh! macam siot aje...)
memang dalam keadaan selesa dan sangat selesa.
tiba-tiba, ko terlanggar batu besar.
sampan ko bocor.
ada lah dalam sejam dua lagi ko boleh tenggelam.
ko lak ternyata memang takleh berenang.
dalam kekalutan ko memikirkan apa yang ko perlu lakukan datang lah beberapa orang.
orang pertama :
ko sebenarnya memang teringatkan dia sebagai penyelamat. dan memang nama dia lah ko terjerit-jerit dari tadi suruh mai datang selamatkan ko.
dia datang. tapi sampan dia ada la pulak sorang penumpang. sampan dia lak hanya muat-muat untuk dua orang, dia dan kawan dia tu.
orang kedua :
ko terfikirkan gak akan dia datang menyelamatkan ko. memang dia mai la dalam misi menyelamatkan ko tu.
sekali, dengan sampan dia sekali pun menanti tenggelam dek kerana bocor di tengah jalan.
orang ketiga :
tak pernah sesekali ko terfikirkan dia untuk selamatkan ko. tapi dia ada tak jauh dari ko dan memang sentiasa memerhatikan ko. sampan dia pun memang boleh nak selamatkan ko.
orang harapan kita kadang-kadang takleh nak membantu.
kita hanya boleh bergantung pada diri sendiri. kalau ada orang ketiga tu memang sangat-sangat bernasib baiklah. haha.
agak-agak faham tak analogi aku di atas?
*aku sedang geylong dan weng-weng... credit to someone. aku modified analogi beliau.... haha*
p/s let the time goes by slowly and i'll recover it by myself. i know, u never care about me.
