new bloglist

Followers

Arkib

Tuesday, November 23, 2010

lemas dan terkapai-kapai

'the truth comes with a lie.
a lie comes with the truth.
but you can't see the lie behind the things that you believe is truth.'
ihsan dari blog ini

ok.. ini bukan blog quotes (macam blog TUMBLR aku tu)
dan nyatanya tidak tergamak aku nak tambah lagi satu blog quotes.
sebab, aku memang kekeringan idea untuk quotes.
tengok ajela TUMBLR aku tu... semuanya reblog.
mana ada yang aku buat sendiri... hihi...
(penciplak yang berjaya...)


ada orang tegur, entri-entri di blog aku semakin menunjukkan keseriusan aku. semakin tensed day by day.
semakin tak se'happy' dulu. semakin jiwang pun ada. semakin... dan semakin... (sila tambah sendiri)


aku sendiri di alam realiti pun semakin serius dan semakin tension tiap-tiap hari. (berapa banyak semakin daa...)
dan juga dikala orang-orang sekeliling aku dok hepi-hepi, aku asyik termenung.
fuh! parah budak jijie ni dah.


dulu.
aku susah nak menangis.
ko hentam belakang aku macamana pun, biaq pi. aku buat muka tak bersalah aku.


sekarang.
air mata ibarat hujan yang turun di kala musim tengkujuh! (fuyyooo... falsafah bengong)
sekali mengalir, ibarat air terjun Sagil yang aku baru pi sabtu lepas.
hatta kadangkala macam Niagara Falls pun ye jugak.
ooohhh.... aku insan yang lemah. tewas dengan segala dugaan yang mendatang. (macam siot je ayat!)


(terasa tragis pula cite akan diri sendiri di sini)


ada 3 kategori orang.


kategori 1 :
ko lemas. dia lalu tempat kejadian. dia berlalu tanya ko ke tak. lepas tu dia terus blah tanpa ada rasa kesian kat ko sekalipun.


kategori 2 :
ko lemas. dia lalu tempat kejadian. dia tanya dengan caring. tapi tak mampu nak tolong. dia tenangkan ko dan memandang ko penuh simpati sambil menunggu orang lain yang mungkin lalu di situ.


kategori 3 :
macam kes 2 di atas juga. ko lemas. dia lalu tempat kejadian. dia sedaya upaya cuba membantu ko. dia tarik dan selamatkan ko dari lemas. silap-silap ko tak perlukan CPR, tapi dia buat juga CPR untuk ko.


syura bagi analogi ni malam tadi.
masa kitorang lepak DATARAN MBMB sambil minum kopi ais.
aku tergelak. sebab dia terangkan dengan penuh penghayatan. tangan orang terkapai-kapai pun dia tunjuk buat demo.


aku pilih orang dari kategori 3. 


let's the time goes by before making any decision. coz u just don't know what will happen next.
(syura yang cakap)


p/s thanks syura!