yup. cukup 2 tahun dah blog hitam aku ni. sudah 2 tahun juga PEGGTONville ini bernafas...
(cewah! ayat takleh blah)
kalau 2 tahun,
baby tu dah boleh berjalan siap bercakap. silap-silap kalah mak ayah dia nak menjawab.
kalau 2 tahun,
kerja dengan private sector, dah boleh demand gaji dah... (ermmm... ye ke? aku main sebat aje ni)
kalau 2 tahun,
silap-silap dah ada anak 2 orang tak pun 4 orang (kalau kembar 2 pasang)....
kalau 2 tahun,
kumpul duit 1ribu every month, silap-silap aku dah boleh bayar PTPTN full dengan bangga nya tanpa perlu risau akan surat mahkamah mai rumah.
dan kalau 2 tahun,
makin bertambah banyak dah kot kedut-kedut dan garisan usia di muka.
ooohh..sungguh tua sudah umurku...
tapi kes ini, hanya blog yang sudah berusia 2 tahun.
entri yang ada semakin hari menunjukkan betapa pemalasnya aku nak update.
juga semakin hari semakin poyo.
mungkin juga semakin emo? alahai~
'SELAMAT BERUMUR 2 TAHUN PEGGTONville'
berfikir bagaimana mahu menakluk dunia
p/s kusut mungkin ye. Ya ALLAH permudahkan perjalanan dan rancangan hambamu ini...

