kali ni dengan harta benda baru.
harta lama sudah dihantar ke seseorang yang aku percaya beliau boleh baik pulih kembali harta tersebut.
sengal rasanya dek kerana trojan.
gara-gara nak copy gambar dari kamera, sekali dia angkut semua yang ada, dan seterusnya menjahanamkan segala browser yang aku ada.
adeh!
kenapa tak repair sendiri?
aku tiada peralatan.
beliau ada.
nak-nak aku sudah fed up. macam-macam aku dah buat dah. recovery pun dah. tapi mungkin sebelum ni virus lain pun dah ada dalam harta aku tu, jadinya bila kena yang baru ni, mereka-mereka semua bergabung. gabungan yang sememangnya sangat mantap dan sangat dasat.
lepas tu mataku dikaburi dengan kehadiran harta
benda baru ni.
ceh... habis madu sepah dibuang.
agaknya itu la harta lama aku fikir pasal aku....hihi
raya ke -7.
konon-konon nak konvoi dengan noni,
sekali dengan tak cukup korum, kami batalkan niat dan hasrat murni penuh keikhlasan kami tu.
end up, aku jumpa bya dan layan sekali lagi STEP UP 3...
dan sampai sekarang badan aku dah asyik vibrate je dek kerana aura nak menari sangat kuat.
esok kena kerja sebelum cuti balik.
fuh! tetiba rasa kemalasan.
doakan kerajinan untuk aku bekerja esok upgrade ke level 100...
p/s kadang-kadang manusia perlukan 'time & spaces' untuk berfikir secara waras sebelum buat sebarang keputusan. nak-nak kalau melibatkan masa depan.
gambar penuh kontroversi...
jangan gosipkan kami... haha

