aku sudah terasa kesampahan di blog aku ni semakin terserlah. dan mungkin memerlukan racun perosak untuk membersihkan blog ni. mane lah tau ada pulak serangga berterbangan dan bermastautin di blog aku ni...
ok... sudah semakin mengarut.
korang layankan aje tag di bawah ni.
1. gambar kesukaan anda?
comey kan mamat ni? dah besar beliau bakal-bakal jadi hensem kot..2. adakah anda rasa anda HOT?
tak cukup hot ke aku ni?
ok fine.. sudah-sudah la berangan jijie oi...
3. cerita pasal gambar
budak ni tak suka dengan aku sebenarnya. tapi disebabkan aku pegang kamera time tu, beliau siap berposing-posing depan aku. ada banyak lagi gambar dalam simpanan. tapi mungkin ini yang paling macho...
4. bila kali terakhir makan pizza
bulan tiga tahun ini. abang yang serve pizza tu dok layan aku dan zaza baik sekali. orang lain dapat lambat kot. haha.
end of the story, masa bayar beliau cakap camni,
'adik, mintak number phone bole?'
aku senyum je sambil amik duit baki.
*dalam hati... ensem siot abang ni... haha*
(menyesal lak tak bagi number time tu.. ceh!)
5. lagu terakhir anda dengar
iYiYi by Cody Simpson
dalam kereta tadi. layankan aje... haha
6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
dok komen gambar di FB Dila. Hasren adalah topik utama dek kerana telah bergambar dengan mata besar sebelah. gambar tidak dapat ditayangkan disini demi menjaga jantung dan limpa pengunjung blog ni.
*kang bertambah kontroversi la pulak kan kan*
7. selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
bohr. sempena nama ayah aku. sambil menyanyikan lagu KELUANG MAN.
dan sehingga kini hanya seorang insan (beliau wanita) yang mengungguli carta persembahan terbaik dalam upacara menyanyi lagu KELUANG MAN tersebut khas untuk aku.
8. tag lagi 8 orang
oooohhh..
mungkin tidak.
sebab...
aku malas nak tag... haha
*ok. kita skip sehingga ke soalan 16*
16. berikan 5 yg anda tahu tentag org yang men-tag anda
- nama beliau yen
- beliau comel dan cute
- aku ingat beliau memula keturunan siam. erm... ke memang betul yen? adesss...
- beliau antara blogger yang agak kreatif. jangan tanya aku kenapa.
- blog yen antara destinasi yang sering aku melawat akhir-akhir ni.
p/s aku YM dengan ruff tadi pasal Google Document. beliau ada assignment kot pasal tu... hah! ang sombong ye... aku nak mai raya pun tak bagi... aduhai.

