huh... memang betul la kot. takkan nak tipu lagi kan.
komen dari kawan sejak darjah 5 aku. wan cop.
(apa yang cop pun taktau. mungkin kerana dia suka cakap 'cop!' atau mungkin singkatan nama ayah dia, pakcik yusof)
'aku bukan apa. blog aku tu la tempat ujikaji aku bro'
yup!
serius. blog ini memang tempat ujikaji aku.
dari bulan 11 tahun 2008, sampai la tahun 2010.
aku boleh jamin banyak dah berlaku transformasi blog hitam legam ni.
dari sejak guna template yang agak basic tajaan blogger.com, pastu guna lak template pyzam.com (yang aku kirakan most of the template dari sana agak sarat design nya dan memeningkan kepala nak tengok). sampai la ketika aku sudah pandai download dan upload semula xml template.
tu baru masuk cerita perihal background dan template.
belum cerita lagi perihal widget yang jadi hiasan blog ini.
dulu, aku rasa la, widget aku kat sidebar tu, jangan haraplah tersusun cantik dan ngam-ngam di sidebar.
mesti nya ada terlebih, terkurang.
sekarang, alhamdulillah, aku mampu adjust sendiri kelebaran dan ketinggian widget.
entri?
erm... dulu blog jijiepeggton ni sememangnya suka letak emoticon.
comel kot. haha.
tapi bila ditengok balik, mesti kadang-kadang takleh nampak disebabkan image tersebut telah di'remove' atau website tersebut telah di'delete'.
serik dowh. aku rasa dulu punya la comel aku punya entri... hikhik.
sekarang, dek kerana kemalasan aku biarkan aje entri ditaip tanpa perlu ada emoticon tersebut.
kalau adik aku si jaja, mungkin ye. rajin nau beliau...
auto read more pun yang dulu punya la aku taktau, sekarang dah ada.
dulu siap ada pop-up window welcome orang mai sini. tapi sekarang dah takde la. sebab aku sendiri rimas tengok setiap kali nak buka blog ni. haha. padan muka sendiri.
banyak lagi sebenarnya pasal blog ni aku nak belajar dan sedang explore.
dan sebenarnya sememangnya sangat meluas dan sentiasa ada je yang baru setiap hari.
thanks a lot to those blogs yang ada bagi tips. kalau nak senaraikan kat sini, sampai esok kot pun tak habis.
ok. memang mood tengah rajin update blog nampaknya. dan aku tau topik kali ini, sangat bosan. sudah habis poyo ayat-ayat cinta aku di atas ni.
nampak perbezaan aku tak? transformasi jijiepeggton dari tahun 2007 ke 2010.
tiga tahun sudah berlalu. aisehmen.. tua sudah aku... haha
p/s misi nak memasak kek coklat kukus tak berjaya. hari selasa ni ajela jawabnya...


