oops! sekali ada lak komen kat last entry aku.
sori.
tu testing 1,2,3 je.
untuk privatekan satu entri sahaja tanpa private kan blog (hanya blogspot sahaja).
aku try and error je tadi.
dan apa yang pasti tiada apa yang aku taip dalam entri tersebut selain :
saya sedang bengang.
haha....
macamana nak buat?
mari adik-adik meh..
akak ajar (buat ala-ala gedik sedikit)
1st
login blogger anda ye.
2nd
kemudian ke Layout. tapi rasanya sekarang Blogger In Draft guna istilah DESIGN.
haih.. memana lah..
DESIGN > EDIT HTML
3rd
pastikan adik-adik expand widget templates dengan jayanya.
4th
tekan CTRL F. dan cari
5th
haruslah atas head tadi yek.
(da berkali-kali aku try taip aje. tapi tak berjaya. terpaksa guna gambar cenggini... huhu...)
6th
kemudian jangan segan silu untuk ke :
http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/
7th
di sana nanti ada beberapa petak berkaler warna warni bagai yang akan menyambut adik-adik untuk diisi. jangan takut ye. senang aje... ibarat 1,2,3 dan ABC.
Key - yang ini ibarat kita setkan password la. tulis la pape. tapi kena ingat ye. kalau tak jangan harap la dapat baca entry rahsia kerajaan tu.
Plain Text - yang ini tempat untuk kita karang ayat-ayat cinta kita tu. tulis la apa nak tulis. eh silap... taip.
Clipher Text - sila abaikan ruangan ni. tiada kaitan antara hidup dan mati entri rahsia kerajaan tu.
HTML code - yang ini lah yang kita cari dan mahukan sebenarnya. hehe... copy la pape yang ada dalam kotak biru cair ini untuk di paste pada ruangan compose di new post tu.
ala... sama macam nak taip entri selama ni. tapi kali ni kita paste HTML code je.
8th
Ok. lepas tu publish. tapi kalau tak berapa nak yakin sila preview dahulu.
asalkan dah keluar
Show Encrypted Text
tu sah.. memang sah... sangat sah! dah jadi... hehe
(jadi, kalau kita click je kat situ akan ada pop-up minta password)
*ulangi langkah 7th seandainya mahu private entry lagi di masa akan datang*
p/s aku da menaip entri ni 3x sebenarnya... asyik ada je ayat-ayat yang hilang... aduhai... big thanx to REDMUMMY untuk tips yang sangat menarik ini.





