'u tak ikhlas dan tak bersungguh dengan i!'
haha... semua ayat di atas ada tanda seru, menunjukkan ketegasan orang yang bercakap kepada orang yang hendak dicakapkan.. erkk... apa lak ayat aku ni.
ikhlas atau tidak, itu semua urusan kita dengan Allah SWT. hanya DIA sahaja yang Maha Mengetahui. dan siapa kita nak kondem orang lain untuk mengatakan dia ikhlas atau tidak.
*aku rasa ini second entri aku pasal ikhlas*
fuh~
'bukan senang nak cari orang yang betul-betul ikhlas dengan kita'
ya! aku setuju. berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri.
dan motif aku menaip entri kali ni?
erm... mungkin aku sedang memikirkan sesuatu berkenaan topik ikhlas ni. atau mungkin juga tidak. hanya aku dan ALLAH SWT sahaja yang tau.
(tapi agak-agak aku ikhlas tak menaip entri kali ni untuk tatapan kalian? erkkk!)
'kalau si dia ikhlas terhadap kamu, dia akan bersungguh-sungguh untuk mengambil berat dan menjaga hati serta perasaan kamu. dan lelaki yang berjumpa ibu bapa kamu tu pun sudah menunjukkan keikhlasan dia terhadap kamu'
ok. tu kata-kata seorang member aku dulu. seorang lelaki. jadi, kata-katanya mungkin boleh diterima pakai. dan bukannya untuk dipakai buang.
p/s kesungguhan dan keikhlasan mengenali seseorang tidak boleh diukur. ermmm... agak-agak kalau ada orang masuk meminang aku sekarang, dia tu boleh dikira kategori ikhlas ke? haha.. kemaruk betul nak kawen... bengong aje!
