dan dengan gatal tangan mengeluarkan sesiapa yang tak dikenali dari friendlist...
(perempuan dan blogger terselamat dari list untuk di'remove'...)
wahhh! sungguh kejam aku hari ni.
terpaksa.
demi menjaga mata aku sendiri, hati dan perasaan aku sendiri malah hati dan perasaan orang lain...
(erk! lain macam je bunyinya kan.... haha... abaikan)
blog dah lama bersawang.
ada juga berkira-kira mahu deletekan aje blog ni memandangkan aku yang sudah tiada hati mahu update.
juga tidak terdaya mahu mengadap blog sendiri.
aku tau, labah-labah memang dah banyak bermastautin kat sini. memandangkan sawang-sawang sudah memenuhi ruang.
encik TRD si kekasih gelap juga sedang tertunggu-tunggu update terbaru dari aku, jadi beliau boleh condemn lagi sepenuh jiwa.
semut-semut pun sudah membentuk satu sarang dan kubu besar kat blog ni... (erk... apa kaitan?)
hah! apa-apa ajelah....
p/s Little Giant vs Robin of Locksley... phew! jangan kacau aku! sedang menghayati filem lakonan Devon Sawa (di zaman-zaman beliau masih cute) hoho....
*nampaknya aku update jugak blog hitam legam ni*
budak kecik ni sangat ganas.... kena ekzos pun tak nangis... motif gambar? beliau comel kan? hehe~
