new bloglist

Followers

Arkib

Tuesday, May 25, 2010

nak kena sekeh ke?

masa aku 6 tahun.

aku selalu main lumba lari dengan budak-budak lelaki.
main lumba basikal pun dengan budak lelaki... 
konon-konon minah rempit la ni. 

hasilnya, buruk lutut aku dek kerana selalu injured.
aku pernah langgar kereta orang dengan basikal aku sampai plat number kereta tu terbelah dua.
fuh! nasib baik empunya kereta tu baik... imam dulu tu... tapi beliau dah lama meninggal dunia... 
aku pernah patahkan basikal anak jiran aku.
terbelah dua basikal roda 3 dia tu. sekali lagi terbelah dua... 
dah macam hulk hogan pulak aku. 
mungkin sebab fizikal aku masa tu yang agak besar berbanding budak-budak perempuan lain..
pergi sekolah tadika hanya sebab nak bermain dan jumpa kawan-kawan je.
tak pandai langsung mengeja dan membaca.
sekadar tau kewujudan ABC.
tapi, satu je kelebihan aku.
kebolehan mengira dengan pantas.
mungkin sebab aku masa tu sangat suka mengira duit... hehe...
mata duitan betul aku...


masa aku 7 tahun

aku dah boleh dah membaca.
kalau nak baca mesti nak baca kuat-kuat.
al-maklumlah baru pandai membaca. 
aku lah insan yang paling tinggi di dalam kelas.
selalu gaduh dengan budak kelas darjah 3.
anak imam tu...huhu.. mungkin dia tau kot, aku yang belahkan nombor plat kereta ayah dia jadi dua...haih~
taiko betul aku masa ni.
gila kuasa pula tu... dengan kegilaan kekuasaan yang ada, aku jadi ketua kelas.
hasilnya...
kelas bising... aku kena sekeh dengan cikgu Math aku... padan muka!


haih~
secara tetiba mengimbau kenangan zaman prasekolah...
apa hal aku ni....



aku terserempak dengan budak-budak tadika tengahari tadi... comel lak tengok diorang... mungkin itu pendorong entri ni dibuat... 


p/s possibility yang aku percaya selama ni dah jadi impossibility....