new bloglist

Followers

Arkib

Sunday, April 18, 2010

cukup kan lima sudah...



benda-benda aku buat sepanjang hari sabtu nan indah bertarikh 17 april 2010 :


1- bangun pagi-pagi bersiap ke perjumpaan dengan berbaju kurung dan shawl baru. (sila highlight perkataan shawl...hehe). hasil penghabisan duit di MODISH SHAWL (sila lawat kat sini. serius. promotion dan customer service sangat baik... hoho~)


2- disebabkan sangat-sangat ayu hari ni (hasil peminjaman sementara baju kepunyaan Mrs Bohr) dengan gandingan bersama cik amelia contessa, aku kena kutuk kaw-kaw dengan si fahmi... adeh! nyah ko kutuk aku nyah...


3- miss bukit godek merajuk dengan aku sehinggakan beliau balik dengan kenderaan putih milik cik farra... adesss... takpe. sedang dalam proses pemujukan... hehe~


4- menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolah aku, puan dayah kadir (kena tukar status yek.. al maklumlah dah jadi bini orang..hehe). beliau sangat sengal, mampu berposing maut tanpa menghiraukan keayuan dengan berbaju pengantin... 


5- tepat 5 petang keluar pula dengan joe jambul, zahra dan mairah... gara-gara untuk mengubat hati duka lara joe jambul. joe, bertabah lah! rezeki ada di mana-mana.... (isk isk.. aku pun sebenarnya mengalami nasib yang sama... tapi takpela.. mungkin belum rezeki)


cukup la 5. 
(pasal 5 nombor favourite aku...)
takde maknanya nak tambah-tambah lagi... hehe~


p/s tak sah entri kat sini kalau takda post script... (cilok idea encik otromen)
tapi yang nyata nya takda post script untuk entri ni. harap maklum... hikhik~ 





snap to my hand...
ada orang dengki. tutup kamera aku dengan tangan.
ni tangan miss bukit godek.





aksi fahmi dengan kertasnya.
motif?
masih belum dikenalpasti.





bergambar dengan miss bukit godek.
dan disebelah beliau cik amelia contessa.
shawl zhang zhiyi dari MODISH.
i like! haha~