new bloglist

Followers

Arkib

Monday, November 2, 2009

Permainan ditamatkan sekarang...Sekian Terima Kasih!

setiap kali orang dengar aku pernah main DOTA, mesti semua terkejut.
di antara reaksi diorang, (poyo je... dalam blog pun nak berlagak main DOTA)

'beb.. serius ke lu main DOTA? gua serius tak percaya.. lu dah le perempuan. tipu ni!'


kisah benar ni. tanya la adik aku..haha..


tapi itu dulu. zaman kegemilangan penanaman anggur di rumah aku. era kebosanan tahap gaban berlaku. era rentak masa kini.. eh! silap.


ok. bukan itu aku nak cerita. aku hampir melalut.
hidup ni satu permainan ke?


aku taktau apa yang ada dalam fikiran aku sekarang. tapi aku benar-benar mahu menang dan bermain secara adil. FAIR PLAY!


phew! apekedehal ko jie... semakin serius. semakin jiwang. semakin... semakin....


aku tau hidup ni bukan game macam DOTA (yang kadang-kadang ko terus je letak cheat, confirm ko menang... tak aci tu). tapi aku tau, orang selalu je ambil jalan mudah. ramai je... dan aku jumpa mereka hampir setiap hari...


jadi, nasihat aku... renung-renungkan la kata-kata aku dan selamat berjuang!


p/s apa hal la post aku jadi macam ni... pelik sungguh! Ni mesti kes aku makan terlebih Ajinomoto semalam ni.

3 comments:

Unknown said...

eh, gee main DOTA la...
jom battle Command&Conquer!
hehe...

jijie said...

yup..layan gak..hah..menarik gak tu..hihi~

Anonymous said...

kekadang permainan yang di monopoli oleh kaum lelaki lebih best and adventure...hehhee...
counter strike..aku maen asik kalah jerk