new bloglist

Followers

Arkib

Thursday, November 19, 2009

memandu sambil menyanyi lagu i don't care...

'huyooo! mr blacky memang laju la...disahkan oleh sirim!'

SMS yang diterima oleh tuan punya mr blacky selepas memotong kereta terbang semalam dikala hujan renyai-renyai...

baru tau laju ke tak mr blacky tu...hoho~
ok. aku bukan nak berlagak yang aku boleh memandu dengan laju atau pun dengan kadar yang agak merbahayakan aku sendiri. bukan point aku disini sebenarnya. saje je letak mukadimah sedemikian rupa sebab aku rasa benda yang bakal aku cakap selepas ni pasal bagaimana menjadi pemandu berhemah dijalan raya...walaupun aku bukanlah antara calon-calon pemandu paling berhemah atau bersopan santun ketika memandu...huhu~


fuh! aku rasa semalam aku dah berjaya menengking budak motor dengan jayanya. semua keayuan mahu pun kesopanan dan kesusilaan (dah macam rukun negara aku rasa) dah hilang semasa suara aku dilontarkan secara high notes oktaf ke7. (aku taktau oktaf ada berapa coz aku tak belajar kelas vokal mahupun kelas muzik. aku main hentam jek...so jangan tanya aku lepas ni).


serius. aku amat menyampah dengan aksi-aksi mat motor yang nak berlagak di jalanan. macam abah diorang punya la pulak jalan tu. aku rasa aku dah bayar dah cukai jalan. huhu... aksi mereka semalam betul-betul menguji kesabaran aku. kalau aku tak control stereng semalam, confirm! ada yang masuk hospital dengan mengerah bayaran daripada aku. padahal hakikatnya dia yang salah.


akhirnya, sambil membuka tingkap kereta aku :


'weh hamlau! abah engkau! tengok orang la mangkuk. ada side mirror tak nak tengok. tunjuk hebat konon. Lesen L ja pun. Blah la!'


pergh! amik ko. bahasa melaka aku da keluar. satu kampung dengar lontaran vokal dari cik jijie semalam. kalau pi ujibakat AF, aku yakin dengan jeritan sedemikian dengan juri-juri lari dek kerana sakit telinga selepas mendengar jeritan aku. dan semestinya aku direjek tanpa syak dan was-was.


*ya Allah! selamatkan la hamba mu ini. semenjak ada kereta semakin ganas hamba Mu ini dan semakin banyak carutan dan maki hamun dilontarkan oleh hambaMu ini. T_T


p/s tetiba aku takut kalau-kalau ada kesan calar pada mr blacky selepas ni. adeh! mau ku kejar itu budak seluruh Kg Bkt Larang ini dengan pedang samurai encik Bohr.

11 comments:

chokio_nia said...

aku tatau pon ape itu oktaf..huuu

hurmmm...alah..kalo terlanggar tayah la bayar..bukan slh ko pon..

Anonymous said...

memang kuang ajar..konon mat rempit sejati....

Unknown said...

takut.

imHepPie said...

haisshh dgr high notes muzik segala nih mcm nk nangis

mashiatin said...

abah engkau!!!!cun ah ayat tu ijiE,,kene je tuk diGunakan,,,eceh...
mst saat lontaran suara tuh,,,muke ijiE dah hijau[hulk]...xdapat bygkan..grrrrrrr.....grrrr....heee

lel said...

sebab tu la aku merempit dengan kelajuan 40km/j sahaja
hahah

Anonymous said...

Uih ganas ghupenye...

Kalam Hitam said...

ganas sungguh cik jijie ni yer?

:D

Syahindah said...

Fuyoo...cayalah cikgu azy..! Bukan sbb ayat cikgu tu, tapi sbb cikgu berani jerit mcm tu kat diorang...

Ganas sungguh...!Saya suka org ganas2 ni..^^

jijie said...

chokio : uiks..takut seh..cnfirm aku kene gertak nati dgn abah mamat tak senonoh tu..cnfirm!

ruff : die taktau aku ni minah rempit..haha

ries lee : erk!

imheppie : apsal ko nak nangis lak?

atin : muka tak jadi hjau..huhu~

laila : takleh beb.aku bw cmtu cnfirm smpai sok pun aku tak smpai tmpat keje aku..jauh ma.

cik N : baru tau keganasan beta..haha

fir : hehe.. *malu*

syahindah : huhu~ alamak! anak murid da bersuara..larikkkkk!!!

Anonymous said...

Aku rasa tu budak2 skolah yang batak sebab baru dpt motor sebijik yang abah dia belikan.