new bloglist

Followers

Arkib

Saturday, October 24, 2009

aku tak jiwang ok!

someone ever said to me before :

'couple ni bukan sekadar pi bawa tengok wayang, keluar jalan-jalan, atau pi keluar makan sahaja. tu semua cinta monyet atau cinta kanak-kanak atau remaja yang tidak matang. it's all about the true feeling that grow in our heart and the responsible that we suddenly feel to the one that we love'

(lebih kurang camtu la ayat nya walaupun aku ada tokok tambah dan tambah MSG sedikit bagi menyedapkan quote tersebut. ada juga aku cilok dari sapa-sapa tah yang pernah berborak dengan aku pasal cintan-cintan ni)


~khas untuk visitor blog aku bernama a3 (ok dia tinggalkan tapak kaki yang tak dapat dikesan puncanya kat blog aku) : ang kata aku jiwang, meh aku tunjuk kejiwangan aku sebenar.


perasaan cinta tu bukannya boleh terbit sekelip mata, mahupun dalam masa sesaat (bagi aku la... tapi kalau ada orang yang macam tu... or ramai je camtu maafkan aku. mungkin aku tergolong dalam kes-kes terpencil...)


'wow! dia ada satria Neo 1.6 edaran kancil bernas tuh! warna ivory white pastu ada corak... cara siot! dia lak, peh! mak aiii... metroseksual dowh... bergaya, menarik, tertarik, ko memang da boom! jatuh cinta hampir nak mati aku....'
(aku rasa metroseksual dirujuk kepada orang yang amat mengutamakan gaya khas bagi lelaki....erk! sesuai ke kat dalam dialog ni)


itu cinta ke?
sejati?
tetttt~ (bunyi buzzer)
tak... itu cakap-cakap perempuan yang materialistik dan mata duitan. padahal kalau nak dibanding dengan satria Neo, baik kau pandang orang yang pakai Nissan Latio Sporty 1.8 edaran Tan Chong Motor... lagi cara, lagi hebat, lagi macho, lagi... dan lagi... dan lagi... (korang sambung sendiri. aku malas nak pikir..hihi)


aku tak pandang tu semua. memandangkan aku sendiri ada kenderaan bermotor aku walaupun tak sebesar mana (tapi aku yakin comel dan sangat-sangat sesuai dengan aku).
~sebenarnya aku amat-amat anti dengan orang-orang berkereta besar ni pabila di jalan raya... berlagak siot!


kegagalan bercinta dan mencintai seseorang di masa lalu sebenarnya mengajar aku banyak perkara.
dan juga buat aku kadang-kadang pesimistik untuk terima orang dalam hidup aku.


aku pernah je kata dengan orang macam ni :

'dear u, agak-agak nya bila kita boleh couple?' sambil terkelip-kelip mata dan budget comel.


mamat tu?
hah! best gila reaksi dia.

'erk.. u ni kenapa. kita kan muda lagi. macam tak appropriate je nak fikir-fikir benda macam ni. kita enjoy dulu'


peh! hotak ko enjoy. umur 24 dah. muda ke tu? tapi aku pun sebenarnya agak confuse apa maksud dia enjoy di situ...(aku rasa dah 10 kad kawen dari kawan-kawan sebaya aku yang aku dapat dalam bulan ni. pastu yang dah kawen pun agaknya ramai je. tak dikira yang sudah ada anak. siap tayang anak kat facebook lagi)
adeh! mintak simpang la...


humang ai... aku baru tanya pasal nak couple, dia nya jawab macam aku nak ajak kawen... nahai!
akhirnya, aku tinggalkan aje mamat perasan jejaka pilihan malaya tu (tinggal ke? erm... maksud aku perbuatan meng'ignore' apa-apa yang berkaitan dengan dia)


fuh! korang mesti kata aku ni perigi cari timba. tapi tu jela first and last. taknak aku buat kerja gila tu lagi.


haha... agak-agaknya dia ramai pilihan kot. pastu aku ni antara calon untuk flirting je...
padan muka aku. desperado lagi. melayan lagi.


(itu kisah silam... T_T)


p/s agak-agaknya mungkin selepas ni ada pulak orang ulang kata-kata aku tu kepada aku pulak yek... hihi... aku tunggu! haha... kesengalan nampak nya hari ni... berjaya juga terapi mengurangkan tensen petang tadi.

7 comments:

Natsu said...

err.. ape2 hal ko kontek aku. DUSH!

Kalam Hitam said...

mana dapat definition couple tu?

:P

Frodo Baggins said...

huehuehue ~


kepada "E3" ... sila sembah ratu sekarang! muahahahahaha ...


Couple??


"Nak kapel ngan aku x??"


gedebokkkkkk >>> ditendang jauh2


xoxoxoxoxo

jijie said...

natsu : ok..aku akan kontek ko..haha

kersani : erk..hehe.. u know from whom... =p

chipsmore : iklan dutch lady? aduh..kebluran..

frodo : a3 bkn e3... agak2 kalo ko ckp dgn aku cmtu kat dpn aku ko kena tendang tak?haha

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

kalau azie nak couple, i boleh terima u.. ipun single lagi..masih mencari2..kalau nak contact i kat facebook tau.. hehe =)

jijie said...

putra : maaf..sy blum sgt2 desperate lgi..huhu

lovemeornot said...

hahahha..sgtla suka blog kamu ni azie..=)