new bloglist

Followers

Arkib

Sunday, September 6, 2009

hujan?

aku drive pagi-pagi buta tadi semata-mata nak hantar seorang budak MICET yang beria nak amik test pagi ni..
(study ke tak aku pun tak tau... setahu aku sepanjang malam tadi dia asyik tengok tv. sampaikan dia boleh bercerita sipnosis semua cerita yang ada kat tv malam tadi.. aja.. aja... apa nak jadi...)


ok then... dalam hujan renyai-renyai aku drive balik ke bukit larang. dalam kepala terpikir pasal nak menyinggah mydin coz :


mak : jie.. jangan lupa singgah mydin. belikan gula.

jijie : bape kati mak nak?

mak : bape yang ko bole angkut, ko beli... (dengan muka serius. bagi arahan macam ketua platun)


adeh! serius kena singgah atm dulu. duit aku pun tinggal rm2 jek. dalam keta aku penuh duit syiling je...


aku pasang cd. sekali lagu sofaz. (hingga hujung pernafasan langitku). ok. semalam pun adik aku asyik repeat lagu ni kat dalam keta aku. dan ari ni aku pula ikut jejak langkah dia. repeat dan repeat dan repeat lagu ni.


tetiba bukan hujan kat luar keta aku je ada. kat dalam keta aku pun ada... (huhu.. paham-paham sendiri la ye sapa yang ber'hujan' tu)


makin lebat hujan kat luar keta aku, makin lebat gak 'hujan' yang kat dalam keta aku.
adeh! serius. aku dah lama tak feeling-feeling dengar lagu. entah macamana hari ni ketabahan dan kekontrolan aku tergugat dan berjaya tewas dek kerana lagu sofaz ni. (tabah ke aku?)


* kepada insan yang men'dedicate'kan lagu tersebut... honestly, awak dah berjaya buat saya sayu kerana kesungguhan awak. tapi... buat masa sekarang it's not the perfect time to talk about it. time will tell as i told u before. insyaAllah...

3 comments:

Kalam Hitam said...

be waiting.

i'll be.

:D

puan oryza said...

sebab post ini, sy donlot lagu sofaz.. nk dgr la lagu yg menyebabkan hujan nih..huhu

jijie said...

fana... huhu... hujan lebat td..