new bloglist

Followers

Arkib

Wednesday, June 3, 2009

SMS part 3...

'betol...betol...betol...salah!' suara ipin bingit kat telinga aku pagi tu...


ai.. pepagi buta ni sapa la insan bertuah bagi mesej kat aku ni... aku merungut sambil tangan meraba handphone di bawah bantal.


'morning!' the unknown number wishing me morning...


ceish! sapa pula ni... baru pukul 5 pagi. awal betul morning dia. duduk negara mana dia ni. bukan waktu tempatan ni. confirm Afrika Utara!
(yela..selalunya la kan aku akan wish atau dapat wish morning hanya selepas pukul 7 waktu Malaysia. bukan 5 pagi... ~erk! tapi dulu kan aku pernah gak wat dajal kat orang wish beliau morning 4 pagi... lalalala.. Hi5 Emoticon )


lepas dapat SMS dari insan tak dikenali tu, aku terus takleh tidur dah. mengganggu ketenteraman aku betul. Hi5 Emoticon


aiseh! tengah baring-baring try melelapkan mata tu aku terfikir.
'cuti hari ni. nak hantar buku library' aku dah setkan kepala otak aku.


ada tiga buku aku pinjam kat library UM. dah lewat 10 hari... Hi5 Emoticon berapa lah kena denda ni..


(sebenarnya buku tersebut tak pernah pun diusik mahupun ditelaah oleh aku. ajaib bukan walaupun sudah berada di dalam bilik aku hampir 2 bulan. taktau la napa setiap kali aku cuba nak baca buku-buku tersebut bagaikan ada tarikan dan daya magnetik yang amat kuat menarik-narik mata aku... tidurlah..tidurlah... seterusnya dengan maklum dan tepatnya aku... Hi5 Emoticon)



jadi...
tepat 11 pagi setelah siap sedia ditambah semangat berkobar-kobar ke library UM (walaupun lewat 2 jam dari jangkaan sebenar..hihi) aku meneruskan misi pemulangan 'harta intelek' UM tersebut.




inilah dia buku-buku yang berada dalam stok barang-barang dibilik aku selama 2 bulan.



fuh! nasib baik kena rm3 jek denda... kalau rm30? mahu pokai aku.


kaki lak tetiba jadi ringan masa tu. alih-alih tau-tau je, aku sudah pun berada di midvalley dalam keadaan separuh sedar...Hi5 Emoticon (konon-kononnyelah.padahal memang telah dirancang..hikhik)



dan juga secara tetiba dan separuh sedar, aku telah melangkah masuk ke GSC midvalley menonton filem TERMINATOR. (kali ni, memang takleh blah... memang jenayah terancang ke atas diri sendiri.. huhu)



~nak aku buat review filem TERMINATOR ke? oops! takpe... korang pi la memana blog yang berdekatan dengan anda. aku takmau buat review filem untuk post kali ni. HARAP MAKLUM.. Hi5 Emoticon



'betol...betol...betol... salah!'
hp aku vibrate. masa tu aku baru aku melangkah keluar dari terminator. (ok.nak bagitau gak opinion aku on terminator... bosan!)


alamak.... kena sebut gak walaupun terpaksa....
to be continued...




~habis monster vs alien aku makan ni di food court midvalley. (aku buat movie marathon sebenarnya... hehe) kuew teow sup setelah ditambah kicap yang diletak cili padi... nikmatnya!
Hi5 Emoticon



~ni namanya model MILO... sehari dengan dia tanpa milo tak sah! beliau dikhabarkan baru sahaja menandatangani kontrak model MILO sepanjang hayat dalam mimpi. (my dear syura ni join aku tengok monster vs alien selepas aku tengok terminator)




~ gambar disnap oleh syura. muka lapar ditambah menahan kepedasan menggigit cili padi.




~ gambar ni? kontroversi kah?? hoho

3 comments:

Anem Arnamee said...

Salam..cumel la blog,entri..dan orgnye:)

jijie said...

tQ..kamu pun comel jugak... =)

Tupai Karan said...

shomel2.. kang ada yg termengigau ingat kat renungan mata gambaq 2nd last tu hehe