new bloglist

Followers

Arkib

Saturday, June 13, 2009

3 things!

ada 3 benda jadi kat aku tanggal 12.06.09... (aiseh! macam dah jadi diary plak...Hi5 Emoticon)



# 1 aku pi interview. provokasi yang agak hebat dan lagi dahsyat. aku tepis dengan gaya yang agak menarik (padahal sebenarnya kekalutan aku di dalam bilik interview agak terserlah... Hi5 Emoticon)


puan penemuduga : awak ni budak kimia. tidak kah awak rasa it's such a waste to study in chemistry for 3 years and working in a different area...bla...bla...bla...


(mata aku da layu.efek matahari kat belakang puan tu lagi dahsyat. silau + mengantuk. kombinasi yang agak menarik untuk dijadikan alasan aku tak paham apa puan ni cakap. Hi5 Emoticon)


aku : (mengangguk) ya betol... ok..saya faham...saya konfiden saya boleh lakukan... bla...bla...bla...

puan penemuduga : awak sepatutnya sambung belajar supaya awak boleh memajukan modal insan kemudian hari nanti dengan menjadi pensyarah...bla..bla...

(aduh! haruskah aku berkata kepada beliau ni aku sedang sambung master...mati kutu aku... sengaja pancing aku ni... saja...)

aku : betul saya faham. dan saya sudah pun merancang untuk sambung belajar nanti dan bukan dalam jangka masa sekarang. sekarang saya fikirkan lebih baik kerja dahulu untuk cari pengalaman walaupun tak related dalam pengajian saya. setiap kerja ada cabaran nya dan cabaran tersebut la saya nak merasa sebelum saya menyambung belajar nanti. era sekarang ni takde lagi istilah memilih kerja kerana kita sedang menghadapi masalah ekonomi dan hampir beribu-ribu orang kehilangan pekerjaan. kita kena grab apa yang ada di depan mata walaupun itu bukanlah yang kita hendak. memang la membazir kalau kerja kita langsung takde kaitan, tapi sekurang-kurangnya kita ade ilmu yang mungkin akan kita manfaatkan kemudian hari.... bla..bla..bla..


(panjang sebenarnya aku jawab. atas masalah teknikal terpaksa aku edit bagi menyenangkan kelancaran pembaca...)


~tersenyap beliau dengar jawapan aku. confirm! aku gagal interview ni...aku keluar dengan muka puas + lega + harapan-tipis-nak-dapat!... sengih je aku macam pelakon baru terima award...



# 2 aku masih menunggu SMS dari seseorang. (kali ini, itu je mampu aku bagitau! Hi5 Emoticon )



# 3 menonton wayang dengan ayah, mak, aja dan adik. filem? hehe... JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK. memang kelakar. terbahak-bahak... tapi yang nyatanya aku pun taknak buat review filem tersebut dan seperti biasa aku bagi nasihat : harap sila ke blog yang berdekatan untuk mendapatkan review filem tersebut... SEKIAN.. TERIMA KASIH!






* minah sebelah aku ni berjaya menge'pow' mak aku untuk membeli kasut dan jam sebelum filem bermula... ish..ish..minah ni...*






* muka baru lepas bayar tiket parking... hehe... aja cuba buat muka comel... *





* aku tau aku comel... Hi5 Emoticon sampai kamera pun tak membenarkan aja masuk sekali (padahal aku yang tak pandai adjust angle...hoho) *

3 comments:

Kalam Hitam said...

haha! ko btul2 ckp camtu ke time interview?
brani siot! hehe!

gudluck~

and oh, anda sudah ditag yer? sile buat klau ader masa.

weeee! :D

jijie said...

aah...hehe..memang cmtu la aku jawab...oh yeah..tQ2 kerana meng'tag' saya...

Nana Rosli said...

tersentap pnemuduga!
hahahaha