new bloglist

Followers

Arkib

Friday, April 17, 2009

buku dan aku...

aku mengalami masalah yang amat kritikal sekarang.
aku sedang alergik.
yup. alergik dengan buku...


bukannya alergik yang membuatkan aku benci benda alah yang bernama buku tu. tapi keadaan alergik aku tu menyebabkan aku akan berhabisan duit gaji untuk membeli buku.


mungkin diikut pada aspek positif nya : wah! bagusnya budak ni. suka sangat buku...
tapi kenyataan dan realitinya : bukan buku-buku ilmiah yang menjadi pilihan tetapi buku-buku cerita yang menjadi pilihan. Hi5 Emoticon


itulah yang menjadi masalahnya nak-nak aku sedang diambang peperiksaan ni (ada lagi 3 hari lagi... aduh! belajar tak lagi ni.. )


buku dan aku memang tidak dipisahkan.. (ceh! poyo benar ayat tu ku rasa..)
sejarah aku dengan buku bermula sejak aku berada dalam tadika lagi.. (buku text...xD).
tapi pada masa tersebut, passion aku terhadap buku totally zero.. (aku buta huruf time tu.. serius.. aku tidak pandai membaca semasa aku di tadika).
passionate aku terhadap buku bermula ketika aku di darjah satu. masa tu sesungguhnya berkat usaha cikgu aku, aku yang buta huruf tak pandai membaca ni sudah boleh membaca dengan lancarnya dalam masa sebulan...


hebat tak cikgu darjah 1 aku? hehe... (terima kasih banyak-banyak buat beliau...)


masa tu, mentang-mentang la da pandai membaca, nampak je buku cerita kanak-kanak baru kat tv, aku akan merengek minta kat ayah. yang peliknya, pakcik bohr layan pulak kerenah anak dia paling senior ni.. hehe..
bukan masa tu je pun. tapi sampai lah la ni. beliau akan sentiasa memenuhi kehendak aku. cuma bila dah masuk peringkat umur lepasan sekolah menengah aku tidak mahu meminta-minta.


masuk sekolah menengah, aku ada habit baru pula. menghabiskan duit membeli buku RL Stine, Fear Street series. hampir setiap bulan juga aku membeli. asalkan ada duit, keluar je ke bandar Melaka tu kedai buku menjadi tempat sasaran. habis semua koleksi siri tersebut aku beli.
ada juga buku yang diberikan oleh kawan aku masa tu. dan insan tersebut kini dilaporkan sedang menetap di New Zealand.


kemudian, tatkala bergelar pelajar matrikulasi, buku pilihan aku kali ni adalah Harry Potter. kali ni belanja nya agak besar. hampir rm100 (hard cover). tak cukup pinjam dari jiran sebelah bilik, aku beli lagi. baca buat kedua kalinya. kali ni habitnya sampai la ke alam universiti.


buku lain aku layan meg cabot. tapi bukan princess diaries. mediator series. walaupun agak keperempuanan sedikit series ni, at least kehadiran abang hantu Jesse membuatkan aku terus mahu membaca keseluruhan series tersebut...


buku-buku pilihan aku dan yang berada dalam simpanan aku, kesemuanya mesti ada hantu, thriller, epic, dan ahli sihir skit.. hehe... kalau bab romance tu boleh dikatakan hanya sekitar 10%. (aku tak suka membaca buku cinta... fakta penting ye kawan-kawan...)


lagi layan kalau sedang aku membaca buku Harry Potter tu aku sedang mendengar lagu Good Charlotte - album Chronicle Life & Death. macam masuk je dengan situasi yang ingin digambarkan oleh JK Rowling tu..


* yup.. aku memang suka mendengar lagu-lagu punk rock... xD


sekarang aku sedang berusaha untuk memulakan pembacaan series shopaholic. orang kata menarik.. tapi entahlah. baru sekarang terbuka hati aku nak membaca buku tersebut. mungkin sudah tiba masanya aku berubah arah ke buku-buku bergenre chick flick skit kot.. hoho...


p/s doakan aku jadi angau dengan buku ilmiah pulak selepas ini..

No comments: