saya mengalami peristiwa pelik hari ini.
alkisahnya pagi tadi, saya dan ekin (partner se'hidup' se'mati' buat tugas-tugas rasmi) ditugaskan ke Pasar Besar Cheras. sebelum ni tak pernah umur pun saya sampai ke pasar besar cheras. Jadi oleh kerana misi kali ini dilakukan di tempat baru dengan rasa berkobar-kobarnya (ibarat wakil rakyat baru menang pilihanraya) saya dan ekin pun pergi la ke tempat tersebut dengan se awal jam 9 pagi.
~paling awal dalam sejarah.. hehe...
itu bukan le kisah pelik yang ingin saya kongsi pada kali ini (aii..da macam rancangan masak memasak la pulak).
kami berdua kemudian meneruskan misi 'mustahak' selepas ke pasar cheras. misi kali ini ialah :
semalam ekin beli tudung. tapi disebabkan tudung beliau itu teramat la lembik dan sangat susah nak pakai, jadi beliau mengambil keputusan untuk menukar tudung tersebut di tempat yang sama semalam. itula alasannya mengapa kami perlu menyelesaikan misi 'mustahak' tersebut walaupun pada hakikatnya tak perlu pun.
jadi, tepat jam 1145 pagi kami pun tiba di stesen bandaraya. misi selesai selepas ekin puas hati dengan tudung bawal 1 beliau ditukarkan kepada tudung bawal jenis 2. tapi beliau dapat dua pasang disebabkan harga tudung yang dibeli sebelum itu lebih mahal..
~susah jugak nak puaskan hati ekin ni rupanya. baru saya tau..
kemudian, disebabkan perut mula mendendang irama dondang sayang kami pun bercadang untuk makan tengahari di tempat makan yang berdekatan dengan kedai tudung tersebut. menurut ekin ikan pari bakar di situ sedap.
~saya dah terbayang-bayang keenakan dan kesedapan ikan pari bakar tersebut... wahh...

memang betul! ikan bakar di situ memang sedap. tengok perahan asam dengan cili padi tempat tu pun dah boleh rasa betapa nikmatnya ikan bakar tersebut cicah dengan perahan asam tersebut... makan tak ingat dunia kami masa tu.
tiba-tiba...
satu tamparan singgah di bahu saya.
aduh! sakit..
siapa la insan yang berani menampar bahu saya yang keding ni... mengganggu betul ketenteraman saya menikmati ikan pari bakar saya.
saya pun toleh 45 darjah ke kanan. berdiri seorang lelaki myanmar yang memang saya tak kenali. kaki terdengkut-dengkut. berlakon atau tidak saya kurang pasti. dengan pakaian lusuh dan berkopiah putih. dia menadah botol mineral yang telah dikerat separuh dan didalamnya terisi sekeping wang kertas rm1 dan beberapa syiling 10sen dan 20sen.
'taknak..taknak..'itula perkataan yang terkeluar dari mulut saya.
dia berdegil dan masih berdiri di sebelah saya.
ekin memandang saya dan saya memandang ekin.
'takde..takde..pergi la' kata ekin pula.
dia masih berdegil.
entah bagaimana ekin mengeluarkan duit syiling 50sen dan meletakkannya didalam botol mineral tersebut. saya pula buat taktau. tapi mamat tu masih berdiri disebelah saya.
akhirnya (dengan harapan dia beredar) saya bagi juga 50sen.
sekali lagi tamparan kasar tiba dibahu kanan saya.
siot la mamat myanmar ni! sakit la bodoh!
'seringgit...seringgit' minta mamat tu dengan kasarnya.
demand pula dia ni...
saya buat taktau. kononnya menunggu tamparan ketiga. saya dah bersedia untuk membaling dia dengan apa-apa sahaja yang berada di hadapan saya ketika itu.
'tadi kan da bagi. nak apa lagi!' ekin menengking mamat tersebut.
saya pula boleh senyap kerana menahan marah. kalau taktahan tadi habis dia kena hempuk dengan kerusi yang saya duduk tu.. (sabar zie...sabar)
akhirnya selepas dihalau oleh lelaki arab yang juga makan disebelah kami, baru la dia beredar.
moralnya :
1. lain kali tengking saje kalau pengemis kurang ajar macam tu. saya terkelu dan sebenarnya lebih menumpukan perhatian kepada ikan pari bakar di depan saya. hehe...
2. cadangan lain, jerit je bila dia mula bertindak ganas. mesti dia lari.
3. ikan bakar di tempat tu memang sedap!
(eh..termasuk ke ni?)

menukar tudung ekin di masjid jamek.

2 comments:
umm agak kurang aja laa pengemis tuh. siyess
mta elok2 taklee keeee
huhhhh
tau takpe...huhu..
Post a Comment