
love is cinta? betul ke phrases ni?
love translate ke dalam bahasa melayu, memang la bermaksud cinta pun. tapi apa yang ingin dibuktikan oleh producer, penulis skrip mahupun pengarah cerita ni?
hehe.. saya bukan la peminat cerita ni. masa cerita ni ditayangkan di pawagam, saya mengelak dan memang tak mahu pun membeli tiket wayang cerita ni.
(HARAP MAKLUM! saya memang kaki wayang. kalau seminggu tak tengok wayang tu memang tak sah.. xD)
sebenarnya bukan la saya nak kongsi pasal review cerita tersebut.
~yela..agak mustahil itu yang berlaku kerana saya tak penah tengok pun cerita tu.
ok. macam ni. si A lelaki, si B dan si C perempuan. si A try flirting with si B dan si B bagi respon baik punya.. mesej sentiasa, YM 24 hours, call selalu dan....pastu bagitau 'miss u' la.. miss u too la..miss u very much la.. sayang la.. dear la.. (apa lagi typical orang yang sedang bercinta eh?). untuk dijadikan cerita si C muncul dalam hidup si A. tup-tup mereka berdua 'berkapal-kapalan' (itu istilah saya yang membawa maksud in relationship.. =p). si B dapat tau. kamu mesti dah boleh agak kan apa reaksi si B selepas tu.
komen saya :
1. saya rasa si A patut dipersalahkan kerana memberi harapan palsu kepada si B..
~sedih siot... bayangkan lah penggunaan perkataan sayang, dear yang kerap digunakan semasa si A flirt dengan si B. huish! saya yang agak tidak berperasaan ni pun mau tergugat iman..h0h0..hati perempuan.. lembut.. lama-lama mestila timbul perasaan sayang dan macam-macam lagi la perasaan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata... (chewah! saya semakin expert pula bab-bab jiwang ni..hehe
2. si B patut dipersalahkan? mungkin..itu pun kalau dia menyerang dengan si C dengan bertubi-tubi ibarat game WORMWAR yang saya selalu main tu.. tak pasal-pasal si C yang tidak tau apa-apa jadi mangsa keadaan.
~jangan ikut perasaan.. mungkin itu yang mampu saya nasihatkan seandainya benda ni terjadi kepada sesiapa yang saya kenal. (kalau kena pada saya.... erk! sedihnya.... hancur hatiku.. bagai keping-keping...
moral of the story :
~wahai kaum wanita! jangan cepat perasan whenever someone try to approach u. hehe..pesanan untuk kamu dan saya juga.. (",)v

No comments:
Post a Comment