new bloglist

Followers

Arkib

Friday, January 23, 2009

happy birthday to me!

Jumaat, 23 Januari 2009.
24 tahun...hari ini genap umurku 24 tahun.. dah tua... sedih! sedih ke aku? happy?
sort of.. taktau nak gambarkan perasaan aku sebenarnya. memang terharu jugak la sebab kali ni ramai yang wish... just like the other day, today just the same. entah la. i feel like nothing special about today even though it's my birthday.. macam ayat sedih la pulak..kesian aku kan...

Ok.. apa yang menyebabkan aku rasa hari ni sama je macam hari-hari lain?

1stly, aku still kena pegi kerja. Normal la.. hari ni pun hari jumaat. dengan malasnya aku bangun pagi tadi bersiap-siap pergi kerja. Semalam aku baru inform nana mengenai kebarangkalian aku akan meng'EL'kan diriku dan kesudian aku meng'email' report analisis mingguan pada nana. Tetapi hasilnya...berkat ketidaksedapan hati untuk meng'EL'kan diri, aku bangun jugak pergi kerja. (huish! ni kalau puan pengarah tak sambung kontrak aku ni taktau la.) haha... tapi betul jugak la. kalau aku tak pergi kerja hari ni, alamat mati kutu la aku di rumah. bukan ada pape pun. baik pergi kerja. benda inilah yang menjelaskan kenapa aku rajin menawarkan diri untuk kerja dihujung minggu walaupun dah cukup orang sebenarnya... see...betapa rajinnya aku...(sesi angkat bakul sendiri...haha)

2ndly, kepala aku masih lagi berat dengan pelbagai masalah. tapi masalah apa? hehe... aku pun sendiri kurang pasti kenapa aku masih memikirkan masalah tapi bukan memikirkan jalan penyelesaian terhadap permasalahan aku itu... (huish! penat aku pikir nak bina ayat tadi tu) berat sangat ke masalah tu? selain masalah tajuk tesis yang aku rasakan patut nye aku dah start mencari penyelia, ada lagi masalah-masalah yang ada kat kepala aku ni. patut la aku makin sengal.. rupanya inilah punca sebenar... haha...

3rdly, apa lagi eh... nak jugak cukupkan tiga ni. tapi takda la pulak idea. jammed betul otak aku bila nak menaip sesuatu kat dalam blog ni. tu pasal la aku mengambil masa yang agak lama jugak la nak meletak post terbaru. bukan apa, disamping masa yang tidak mengizinkan (yela..aku kan sibuk... hehe) aku jugak mengalami masalah kekontangan idea sebaik sahaja meletakkan jari jemariku di keyboard laptop. kadang-kadang dalam tren ke dalam kelas, kat tempat kerja ke aku ada gak terpikir nak taip itu ini. tapi hasilnya bila da masuk je ke blog dan click ke new post secara automatiknya aku blank... dasat kan.. sindrom apa la yang tengah mengawal sistem saraf dan otak aku sebenarnya ni. =p

seseorang bertanya pada ku, apa azam dan target aku da masuk umur 24 tahun ni.
apa dia yek target aku??

-kereta? mungkin...

-kerja tetap?tentula.. tapi mungkin selepas aku berjaya habiskan master aku dulu.

-rumah?huish..lame lagi mungkin. selepas dapat kerja tetap baru boleh pikiaq.

-kawen? adeh...ni perkataan favorite yang asyik aku dengar sepanjang hari ini. tapi hari sebelum-sebelumnya pun ada jugak insan-insan yang menyoal aku soalan yang berkaitan dengan word ni.sangat-sangat lama lagi..haha.. nak kawen macam manenya. boyfriend pun aku tak mampu nak dapat lagi. ini bukan target utama la tahun ni dan mungkin untuk 2,3 tahun akan datang... huhu...

macam da layu la pulak mata aku. esok aku nak balik melaka.. erm.. sebelum aku menamatkan post aku ni.. special thanx to muni (for the secret recipe strawberry choc cake) , sivaji (for the present) , cikta (coz she bought for me moist choc cake..hehe) , azli (for the sweetest birthday wish from him =p) , munzir (he asked me to request birthday present from him...haha.. che mun, i'm waiting my birthday present from you..) , and of course last but not least to all who remember my birthday... =) thanx a lot...

gud nite! (",)v

No comments: