penat!!!
aku baru je melangkahkan kaki di bumi Kuala Lumpur.terpaksa naik bas.uda balik selasa.so home alone la jwbnye di rumah.. T_T
semua selesai dgn tanpa sebarang masalahnye semalam.pengantin pun sekali lafaz je. (huish..pakcik baru aku sorang ni...expert tol!haha)
petang tu ade lak karaoke.dgn tak disangka2nye adik lelaki aku menyanyi.terkujat den mendongar nyo.hikhik..
tak sia2 dia menyumbangkan duit dan suara dekat karaoke jamban selama ni..hehe..
kak za, elma, fara, nisa, syura, medan & wandi pun datang gak.terharu betul dgn depa ni.semalam gak kitorang sambut birthday nisa.
konon2nye nak makan kat Ala Kassim.tapi mengenangkan kepenuhan dan kepadatan di Ala Kassim yang tak tertanggung oleh kami...kami pun mengambil keputusan makan kat tempat lain.
bergerak la kami ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung kat Umbai.
Fuh!memang la terapung dan nampak eksklusif je.ramai pun ramai.cari punya cari kedai tiba2 aku ternampak plak member aku. (biar aku rahsiakn nama insan ni ye.coz pasni macam nak mengutuk die..huhu)
berbekalkan keselamberan dan keyakinan di dada aku, aku pun menegur la hamba Allah tu dgn harapan dia dapat menerima kami sebagai pelanggan di kedai tu.
'oit...ade kosong tak? aku bawa member aku ni nak makan kat sini'..aku tanya.
'siot la ko.kenapa datang terus taknak cakap awal2.penuh ni.lahanat'..jawabnya dgn muka berlagak dan nada marah sambil menunjuk meja yang kosong di depan aku.
heran betol.kata penuh.tapi kat depan aku ade je meja kosong.
'mane nak tau.benda last minit takkan le takleh.bayar bukan tak bayar', aku jawab balik.
'mane ade kosong.yang ko taknak bgtau awal2 apesal!' die tinggikan suara lak kali ni.
huish! aku terus blah dan jumpa member2 aku. kitorang tergamam jek.ade plak macam tu.kata kawan.tapi layanan teruk gile.
oleh sebab taknak cari gak tempat lain, kitorang terus je duduk di meja kedai kawan aku tu dengan harapan kami dapat layanan.
harapan tinggal harapan je pun selepas tu.order lain dapat lain.order sirap pun dapat selepas sejam.nasi putih pun ambil masa sejam setengah untuk tiba di meja kitorang.garfu dan sudu bila minta dia boleh kata da habis.jawapan yang memang tidak boleh diterima.nak bayar pun kena tunggu lama.aduh!pendek kata la servis kedai sangat2 la teruk.buat malu aku je mengaku member aku punya kedai masa memula tu...
hopefully after this, i wont ever coming back to that restaurant again... even though he is my friend, he really didnt respect me as his friend even his customer.i saw the trophy in that restaurant for 2nd best restaurant in that place last night. i wondered why and how the place selected for that category. it should be 'the worst place to eat 2008'...i really regretted that we cant eat at Ala Kassim last night. :-(

No comments:
Post a Comment